Kontroversi Semoga Abadi Misha

Ketika perlawanan akhir AFF Suzuki Cup yang mempertembungkan Malaysia dan Indonesia pada 27 Disember 2010, muncul kisah Misha Omar hendak disaman oleh komposer asal Indonesia sebagai bahan penyedap cerita ketika isu laser dan keselamatan rakyat Malaysia ketika berlangsungnya perlawanan akhir di Jakarta sedang hangat diperkatakan.

Penyanyi Indonesia yang dikenali sebagai Imaniar Noorsaid menuduh Misha mencuri karya lagu milik’nya berjudul Semoga Abadi.Imaniar berkata, lagu ini dicipta pada tahun 2000 ketika terikat dengan kontrak yang ditawarkan oleh BMG Indonesia untuk penghasilan 2 buah album. Kemudian, dia ciptakan lagu ini bersama Yossi Hitiyaubessy serta sebuah lagi lagu berjudul Jangan Berakhir. Album yang memuatkan lagu ini berjudul Imaniar, tetapi hit single menggunakan judul Semoga Abadi. Penyanyi itu ada juga buat video klip, tetapi tidak popular dan tidak dipromosikan kerana pada tahun 2000 berlakunya kegawatan ekonomi.

Yang lebih menyakitkan hati Imaniar apabila suara asalnya tetap digunakan dalam lagu tersebut tanpa sebarang kredit kepada komposer & penulis lirik lagu Semoga Abadi & Jangan Berakhir di CD penyanyi Misha. “Mungkin tidak menguntungkan atau daripada apa yang saya tahu, pada tahun 2002 Misha Omar menggunakan lagu tersebut dengan judul yang sama. Cuma di CD atau kasetnya tiada kredit penuh buat pencipta lagu, dan yang paling menyakitkan hati apabila suara saya digunakan oleh Misha Omar sebagai backup vocal. Betul-betul sakit hati, kerana tiada kebenaran diberikan, maka saya terasa seperti dipijak-pijak,” kata Imaniar mengakhiri tuduhannya.

Misha Omar yang dihubungi enggan memberi sebarang komen kerana semuanya telah diserahkan kepada pihak Sony Music, berikut adalah tweet’nya kepada kami. Hakikatnya kredit nama Imaniar ada tertera dalam cetakan pertama dan juga bungkusan semula sekaligus menafikan tuduhan Imaniar manakala isu hakcipta lagu ini adalah antara BMG dan penerbit lagu tersebut iaitu Tohpati yang bertanggungjawab memberikan dua buah lagu tersebut untuk dirakamkan pada tahun 2002. Suara Imaniar juga tidak digunakan sebagai suara latar seperti yang didakwanya. Sebagai bukti lagu versi Misha popular di Indonesia pada tahun 2003 - 2004 ketika Misha menjengah pasaran negara itu.